Not in Malaysia? View Singapore site
Kepok Kubur Berkualiti di Johor & Malaysia
Binaan dan naik taraf kepok kubur mengikut tradisi Melayu, dengan kemasan moden dan harga yang telus.
Kubur Search membantu anda mengatur kerja kepok kubur, membersihkan kubur dan mencadangkan rekaan yang sesuai untuk keluarga di seluruh Malaysia.
Pilihan Rekaan Kepok Kubur
Senarai kepok kubur popular yang kami sediakan di Johor & kawasan lain di Malaysia. Semua harga adalah anggaran, sebut harga sebenar akan dikongsi melalui WhatsApp.
- Binaan badan bata merah klasik
- Rumput di dalam bingkai kepok
- Nisan disediakan
- Tapak / lantai mozek yang kemas
- Bingkai bata merah di sekeliling kubur
- Rumput & nisan disediakan
- Binaan penuh menggunakan granite
- Bahagian nama (nameslab) granite
- Corak sandblast di bahagian sisi
- Konstruk kayu Chengai yang kukuh
- Sisi penuh ukiran sandblast
- Memberi suasana tradisi kampung
- Rekaan pagar kayu Chengai
- Rupa seolah-olah berpagar di sekeliling kubur
- Sesuai dengan atau tanpa tapak mozek
- Rekaan kayu Chengai jenis selak / rehal
- Sisi penuh ukiran sandblast
- Kemasan kayu premium & tahan cuaca
- Tapak & badan kolam mozek
- Rumput & nameslab disediakan
- Rupa seperti kolam bertingkat yang elegan
- Rekaan kolam dengan kemasan blasted moden
- Rumput & nameslab disediakan
- Sesuai untuk kubur bergaya kontemporari
- Saiz lebih kecil untuk kubur bayi
- Rekaan lembut & ringkas
- Warna & nisan boleh diubah suai
- Tapak mozek penuh, mudah dibersihkan
- Binaan bata granite di sekeliling kubur
- Tahan lama & penyelenggaraan rendah
- Gabungan bata, granite, kayu atau mozek
- Kami lakar rekaan mengikut idea keluarga
- Sesuai untuk rekaan khas & unik
- Binaan penuh terrazzo yang tahan lama
- Nampak premium dan serasi dengan pelbagai jenis nisan
- Atas boleh diisi batu kecil, rumput segar atau rumput tiruan
- Binaan penuh terrazzo dengan kerusi terrazzo custom
- Pilihan nisan: granite, marble atau terrazzo
- Bentuk bahagian atas yang unik & bertingkat
- Pilihan atas: batu kecil, rumput segar atau rumput tiruan
- Badan terrazzo hitam dengan perincian emas eksklusif
- Paling cantik dengan batu putih sebagai topping
- Pilihan tambahan tanaman melur (jasmine)
- Pilihan nisan: granite, marble atau terrazzo
- Pilihan warna: hitam, hijau atau putih
- Perincian emas untuk rasa premium
- Pilihan moden menggantikan rehal / selak kayu tradisional
- Kemasan tahan lama & mudah dijaga
- Rekaan rendah & minimalis
- Tampil kemas, moden dan praktikal
- Sesuai untuk keluarga yang mahukan gaya ringkas
Seperti Dilihat Di
Kubur Search pernah dipaparkan di The Straits Times, Berita Harian, BERITA Mediacorp, MustShareNews, River Valley Irregulars, Suria, Warna 94.2FM, ribbit.fyi, Have Halal Will Travel dan Plan B Podcast.
Kenapa Pilih Kubur Search Malaysia?
Kami bantu uruskan kerja kepok kubur dari awal hingga siap, supaya keluarga boleh ziarah dengan tenang walaupun tinggal jauh atau sibuk dengan urusan harian.
Dari rekaan, pemilihan bahan, hingga pemasangan di tanah perkuburan.
Rekaan yang menghormati adat setempat dan garis panduan pihak berkuasa.
Tiada caj tersembunyi. Sebut harga jelas dikongsi melalui WhatsApp.
Berpengalaman mengurus binaan kubur untuk keluarga di pelbagai negeri.
Binaan Kepok Kubur di Malaysia
Kubur Search Malaysia menyediakan perkhidmatan bina kepok kubur dengan bahan yang tahan lama, kemasan kemas, dan rekaan yang menghormati tradisi masyarakat Melayu.
Kami menggunakan kombinasi bahan seperti bata, granite, terrazzo, kayu dan mozek bergantung kepada bajet dan citarasa keluarga. Setiap binaan dibuat dengan teliti supaya mudah dijaga dalam jangka masa panjang.
Dari perbincangan awal, pemilihan rekaan, sehingga kerja pemasangan di tanah perkuburan, kami cuba memudahkan urusan anda sebaik mungkin, terutamanya bagi keluarga yang tinggal jauh atau tidak biasa mengurus kerja-kerja kubur.
Sedia Untuk Bincang Rekaan Kepok Kubur?
Hantarkan lokasi kubur atau gambar kubur sedia ada melalui WhatsApp. Kami akan cadangkan rekaan yang sesuai dan kongsikan sebut harga untuk pilihan anda.
WhatsApp +60 13-566 8718Soalan Lazim
Jawapan ringkas tentang kepok kubur, servis cuci kubur, dan cara mendapatkan sebut harga.
Apa itu kepok kubur?
Kepok kubur ialah binaan atau struktur penanda kubur yang dibuat di sekeliling kawasan kubur. Ia membantu pengecaman lokasi kubur dan menjaga kawasan kubur supaya nampak kemas dan mudah dijaga.
Macam mana nak tempah kepok kubur atau servis cuci kubur?
Anda boleh WhatsApp kami bersama lokasi kubur atau gambar kubur sedia ada. Kami akan cadangkan rekaan yang sesuai dan kongsi sebut harga, termasuk anggaran tempoh kerja.
Kawasan mana yang Kubur Search Malaysia boleh bantu?
Servis utama kami di Johor dan kawasan sekitar, dan kami juga boleh bincang untuk lokasi lain di Malaysia bergantung pada akses dan keperluan tapak.
Apa maklumat yang perlu diberi bila mahu minta sebut harga?
Untuk sebut harga lebih tepat, hantarkan lokasi tanah perkuburan, gambar kubur sedia ada, jenis rekaan yang diminati, dan bajet anggaran anda melalui WhatsApp.